Pre - wedding : Frost & Cyn
Setelah berehat beberapa ketika (sama seperti kamera ku di dalam Dry box), pada 30 Ogos yang lalu, saya berpeluang memanaskan kamera lagi dengan sesi pre-wedding photo bersama pasangan Frost & Cyn. Ini adalah sesi kedua shooting bagi pasangan ini yang mana, sesi pertama sebelum ini, saya dan kru hanya membuat shooting di pekan berdekatan. Kali ini, saya dan kru merangkap isteri saya yang tercinta melakukan shooting di beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kuching hingga ke kawasan pantai di Santubong.
Kali ini saya turut menggunakan wireless flash bersama soft-box Gamilight Square 43. Dengan berkonsepkan portret dalam landskap bandaraya, saya mencuba untuk menghasilkan beberapa shot yang bukan sahaja fokus kepada pasangan ini, tetapi turut menitik beratkan pemandangan lanskap yang indah. Berikut merupakan beberapa gambar di sebalik tabir dan hasil shooting yang telah saya proses di dalam Adobe Lightroom 5 & Photoshop CS6. Gambar penuh hanya akan disiarkan pada & selepas hari perkahwinan mereka.

* Behind the scene.



